Yakin KSN baharu bawa transformasi negara
BUKIT MERTAJAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mampu melaksanakan reformasi kepada pentadbiran Putrajaya sesuai dengan aspirasi dan harapan Malaysia Baharu.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan yang dimiliki Dr Ismail dapat menjadikan pentadbiran kerajaan lebih telus dan cekap dalam usaha transformasikan pentadbiran negara.
"Kita berharap dengan pelantikan ini, budaya kerja lama yang dipraktikkan oleh pemerintahan terdahulu Umno dan BN dapat dihapuskan oleh beliau.
"Selain itu, diharapkan beliau akan manfaatkan dalam menerapkan nilai nilai budaya kerja baharu dalam pentabiran negara yang cekap,bersih dan amanah," katanya.
Sementara itu, Dr Afif turut mengucapkan terima kasih kepada mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa di atas tugas cemerlang semasa proses peralihan kuasa pada 9 Mei yang lalu.
Katanya, segala sumbangan dan khidmat bakti beliau lebih 36 tahun dalam perkhidmatan awam dalam menjadikan pentadbiran kerajaan efisien dan berdaya saing pasti akan dikenang dan dicontohi oleh semua penjawat awam.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment