Wanita putus tangan ditetak suami

Saturday, August 11, 2018

Wanita putus tangan ditetak suami

Wanita putus tangan ditetak suami

BAYAN LEPAS - Seorang wanita putus pergelangan tangan akibat ditetak suaminya dalam kejadian di sebuah flat di sini, awal pagi hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, mangsa yang berusia 24 tahun kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

Menurutnya, susulan itu, polis berjaya menahan suaminya yang berusia 39 tahun di hadapan sebuah surau di Macallum di sini.

"Lelaki itu ditahan kira-kira jam 3 pagi tadi. Dia mengaku menetak tangan isterinya menggunakan sebilah pisau.

"Motif dipercayai kerana dendam dan cemburu apabila mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu," katanya.

Menurutnya, suspek dan mangsa sedang dalam proses penceraian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment