Tunjuk perasaan bantah rasuah di Romania
Tunjuk perasaan bantah rasuah di Romania
sumber: sinarharian
Tunjuk perasaan bantah rasuah di Romania
BUCHAREST - ROMANIA. Lebih 450 penunjuk perasaan yang menyertai bantahan anti rasuah di sini, dilaporkan cedera.
Polis terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan supaya meletakkan jawatan.
Kira-kira 30 anggota polis turut cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Pihak berkuasa menolak dakwaan pembangkang bahawa anggotanya menggunakan kekerasan ketika meleraikan penunjuk perasaan, sebaliknya ia diambil berikutan tindakan ganas peserta demonstrasi.
Lebih 80,000 penduduk berkumpul di jalanan, termasuk warga Romania yang bekerja di luar negara, bagi membantah aktiviti rasuah di negara itu. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment