Tragedi raya korban

Thursday, August 23, 2018

Tragedi raya korban

Tragedi raya korban

SHAH ALAM - Kegembiraan tujuh sahabat bermandi-mandi ketika cuti Hari Raya Aidiladha berakhir tragedi apabila seorang daripadanya dilapor lemas di Tasik Biru Kundang, Jalan Kundang Rawang, di sini, malam tadi.

Mangsa yang merupakan pelajar tahfiz ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 9.56 malam selepas operasi mencari dan menyelamat dimulakan dua jam sebelum itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7.34 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Suhaizat Rahim.

“Laporan awal dapati mangsa yang lemas sebelum itu mandi di tasik sedalam empat meter itu bersama enam rakannya yang lain.

“Rakan-rakannya berjaya menyelamatkan diri namun mangsa, Mohd Akmal Hakim Yazid, 15, tenggelam dan gagal diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa ditemui selepas beberapa jam operasi menyelamat dilancarkan dan disahkan sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment