Tambah nilai taman permainan kawasan perumahan

Friday, August 10, 2018

Tambah nilai taman permainan kawasan perumahan

Tambah nilai taman permainan kawasan perumahan

KUANTAN - Taman permainan yang disediakan di kawasan perumahan perlu ditambah nilai dengan mengambil kira keperluan tempat bermain untuk golongan remaja.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, taman permainan sedia ada yang disediakan lebih kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.

Menurutnya, kerajaan sedang mengkaji keperluan ini kerana ada pihak seolah-oleh terlepas pandang keperluan golongan remaja ini.

“Kita sedang kaji  dan lihat kembali perkara ini termasuklah dalam kawasan Indera Mahkota. Bagaimanapun ia akan  melibatkan implikasi kewangan namun perlu  beri perhatian.

“Setidak-tidaknya perlu kepada tambahan syarakat bagi setiap taman permainan yang dibina di taman-taman perumahan perlu ditambah nilai mengambil kira keperluan untuk golongan remaja,”katanya.

Beliau yang juga Menteri Luar Negeri negeri berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra  Bersama Penduduk Taman Astana Permai, Indera Mahkota di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, masih terdapat taman-taman perumahan di seluruh negara yang tidak mempunyai kemudahan untuk penduduk seperti taman permainan dan surau.

Antara masalah yang dibangkitkan, tapak yang disediakan tidak sesuai untuk dibangunkan bagi tujuan ini.

“Ada berlaku, pemaju menyediakan tapak kosong membabitkan kawasan yang memang tidak sesuai untuk mereka bangunkan rumah dan sebagainya..jadi mereka sekadar memenuhi syarat tanpa mengambil kira kesesuaian untuk kemudahan penduduk.

“Ada bagi tapak di hujung atau belakang perumahan.Kalau bina taman permainan pun, ibubapa mungkin tidak akan benarkan anak-anak bermain,”katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment