Badan korporat wajar contohi Mydin
BADAN - badan korporat di negara ini disaran supaya mencontohi inisiatif Mydin yang berusaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat negara ini.
Adun Subang Jaya, Michelle Mei Sze berkata, tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan hanya terletak kepada kerajaan semata-mata, namun rakyat dan badan korporat perlu sama-sama mengambil peranan.
âUsaha gigih Mydin bersama Jabatan Penerangan adalah langkah murni yang perlu dicontohi badan korporat lain kerana tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara ini tanggungjawab kita semua,â katanya selepas Majlis Perasmian MyMerdeka âSayangi Malaysiakuâ di Mydin USJ Subang, semalam.
Mengulas lanjut program tersebut, Michelle berkata, pihaknya amat menghargai peranan diambil oleh Mydin untuk bersama-sama kerajaan melalui Jabatan Penerangan, terlibat secara aktif dalam inisiatif berkenaan.
Katanya, langkah Mydin itu memberi makna cukup signifikan kepada kerajaan yang kini sedang berusaha keras meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.
"Program kerjasama dengan Mydin ini turut menyediakan pelbagai maklumat sejarah mengenai kemerdekaan negara dan ini dapat memberi kefahaman kepada rakyat mengenai fakta sebenar, selain membentuk satu masyarakat yang mempunyai semangat patriotik tinggi,â katanya.
Sementara itu, Michelle turut mengingatkan seluruh masyarakat di negara ini sama-sama mengambil semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kawasan kediaman masing-masing.
Menurutnya, semangat cintakan negara perlu dikekalkan bagi menghargai keamanan dan kemakmuran dinikmati pada masa kini hasil usaha pejuang kemerdekaan dahulu.
âKerajaan mahukan rakyat yang celik dan berpengetahuan, khususnya dalam aspek kemerdekaan negara ini.
âMelalui program anjuran Mydin dan Jabatan Penerangan ini juga, ia dilihat menepati kehendak kerajaan pada masa kini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment