Solat mohon hujan
SYDNEY - AUSTRALIA. Kira-kira 30,000 penduduk Islam Australia yang menyambut Aidil Adha, semalam menunaikan solat Istisqa' bagi memohon hujan selepas negara itu berdepan kemarau terburuk.
Jemaah dari 16 masjid melakukan solat sunat tersebut sebagai tanda solidariti dan perpaduan dengan golongan petani dan mereka yang terjejas akibat fenomena cuaca itu.
Kempen mengumpulkan dana turut dilancarkan oleh penganjur, Persatuan Islam Lubnan (LMA) di Masjid Lakemba di barat Sydney.
"Sebagai satu keluarga, kita perlu memainkan peranan dan bersatu padu dengan mereka yang memerlukan. Sekarang adalah masa kita untuk bersatu dan memperluaskan hubungan dengan mereka yang kini menderita," kata presidennya, Samier Dandan.
Difahamkan, beberapa bahagian di Australia kini bergelut dengan kemarau melampau dan seluruh kawasan New South Wales,negeri paling ramai penduduk dilaporkan paling teruk terjejas. - BBC
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment