Penjawat awam pasti kecewa
JOHOR BAHRU - PenguÂmuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohaÂmad dipercayai akan mengeÂceÂwakan penÂjaÂwat awam di negara ini beriÂÂkutan tiada kenaiÂkan gaji bagi 2018.
Adun Machap, Abd Taib Abu Bakar berkata, setiap tahun penÂjawat awam akan menantikan berita gembira daripada kerajaan, namun tidak bagi tahun ini selepas peralihan kuasa pemeÂrinÂtahan keraÂjaan.
âBagi kakiÂtangan keraÂjaan tentu mereka kecewa sebab setiap tahun gaji mereka akan naik tetapi atas alasan kerajaan yang baru ini tiada duit maka penjawat awam perlu reda.
âCuma kita tidak mahu nanti alasan oleh kerajaan PH adalah kerajaan BN yang mengÂÂhaÂbiskan keÂwangÂan negara hingga tiÂdak mamÂpu bagi kenaiÂkan keÂpada penÂjawat awam,â katanya kepada Sinar Harian.
Abd Taib berkata, ketika zaman pemerinÂtahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun disifatkan oleh PH sebagai âsonglapâ duit kerajaan, namun masih mampu tunai janji dengan kenaikan gaji.
âKalau kedudukan kewangan kerajaan tidak mampu rasanya tidak perlu disemak, malah dapat gaji setiap bulan dan dapat pencen pun cukup baik.
âMungkin Tun M ada perancangannya tersendiri dan mungkin akan datang apabila kewangan sudah pulih, kerajaan akan beri kenaikan berganda,â katanya.
Kelmarin, media melaÂporÂÂkan keraÂjaan beÂlum berseÂÂdia untuk menaikkan gaji 1.6 juta penÂjawat awam, namun berÂjanji untuk melakuÂkannya pada waktu yang berseÂsuaian.
Dr Mahathir berkata, kenaikan gaji itu memberi kesan kepada kerajaan yang ketika ini sedang memberi tumpuan untuk kurangkan hutang negara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment