Paip pantau permasalah air di musim perayaan
MARAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Daerah Maran akan sentiasa memantau permasalahan air musim perayaan di daerah ini bagi memastikan kelancaran umat Islam menjalani ibadah korban.
Pengurus Paip Daerah Maran, Noor Izwan Bahudin berkata, sekiranya penduduk menghadapi masalah tersebut boleh bertindak segera memaklumkan aduan ke talian Pulapel 09-5739999.
âIni bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku demi kelangsungan ibadah mulia ini. Paip Daerah Maran mengharapkan segala permasalahan dapat ditangani dengan baik dan kerjasama erat dengan masyarakat setempat diharapkan dapat diteruskan sehingga bila-bila.
âKita juga bersyukur kerana Program Ibadah Korban 2018 Kelab Kebajikan Rekreasi Paip (KKR) Daerah Maran kali ke enam telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini. Sebanyak empat ekor kerbau telah disembelih.
âTahniah kepada semua peserta korban 2018. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan akan diterima oleh ALLAH SWT,â katanya pada program tersebut, semalam.
Beliau berkata, program tersebut secara tidak langsung dapat menguatkan dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim antara staf Paip Daerah Maran serta masyarakat setempat yang turut sama-sama hadir membantu proses penyembelihan dan melapah daging kerbau sebelum diedarkan kepada orang ramai.
âHarapan saya semoga program ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang setiap tahun insya-ALLAH,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment