MCA guna logo sendiri: Implikasi bukan kepada BN

Saturday, August 11, 2018

MCA guna logo sendiri: Implikasi bukan kepada BN

MCA guna logo sendiri: Implikasi bukan kepada BN

SHAH ALAM - Keputusan MCA menggunakan logo sendiri pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Balakong tidak memberikan implikasi kepada BN sebaliknya kepada parti itu sendiri.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berkata, sekiranya MCA berjaya memenangi kerusi tersebut maka tanggapan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa BN sudah mati.

“Jika MCA berjaya mendapatkan kerusi tersebut, maka terbuktilah persepsi mereka terhadap BN.

“Tapi jika sebaliknya berlaku, ia secara tidak langsung memberi implikasi buruk terhadap MCA sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN : PRK Balakong: MCA guna logo sendiri]

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA seharusnya melakukan perubahan bagi memulihkan keyakinan rakyat terutamanya masyarakat Cina bukannya BN.

“BN tidak salah apa-apa tapi yang salah adalah parti itu sendiri kerana mereka perlu menentukan hala tuju yang bukan sekadar hanya mahu keluar dari BN, tapi mereka perlu memulihkan keyakinan masyarakat.

“Bagaimana MCA boleh meyakinkan pengundi Cina bahawa mereka lebih baik daripada DAP dan itu lebih penting daripada yang lain dengan meletakkan calon yang mempunyai ketokohan yang dapat dipercayai supaya pengundi khususnya kaum Cina akan memilih mereka berbanding DAP,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, keputusan MCA itu tidak menunjukkan situasi perpecahan BN.

Katanya, keputusan itu lebih kepada strategi baharu yang digunakan MCA untuk meluaskan pengaruh parti itu kepada pengundi di kawasan tersebut yang majoritinya adalah kaum Cina.

“MCA tidak menggunakan logo BN kerana bimbang jika mereka masih menggunakan logo BN, persepsi pengundi masih menganggap bahawa BN perlu dikalahkan.

“Situasi ini tidak menunjukkan satu perpecahan kepada BN tapi menunjukkan bahawa MCA perlu mencari strategi baharu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, keputusan itu juga tidak

memberi kesan yang besar terhadap BN memandangkan ia telah dipersetujui oleh parti komponen yang lain.

“Parti-parti komponen BN yang lain juga menyedari bahawa BN seakan retak menunggu belah sekiranya MIC mahupun MCA keluar daripada gabungan itu.

“Sebab itu, MCA diberikan peluang untuk menggunakan logo mereka sendiri pada PRK di Balakong ini bagi meraih sokongan pengundi di kawasan tersebut,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment