'Anakku masih hidup'
SAN PEDRO SULA - HONDURAS. Seorang ibu yang menjalankan upacara pengebumian untuk bayi kecilnya yang disahkan meninggal dunia di sebuah hospital mendapati anaknya masih bernyawa.
Bayi berusia tujuh bulan, Keilin Johanna Ortiz Montoya dimasukkan ke Hospital Rivas di Villanueva pada 3 Ogos lalu kerana mengalami sawan, cirit-birit, penghidratan teruk dan kulit melepuh disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Keilin disahkan 'meninggal dunia' tiga hari kemudian dan sijil kematian turut dikeluarkan oleh hospital berkenaan.
Sedih dengan berita itu, Ivis Montoya membawa pulang 'mayat' bayinya ke rumah sepupunya sebelum dibawa ke gereja berhampiran untuk upacara pengebumian.
Ketika 'mayat' anak kecilnya dibaringkan atas sebuah kerusi kerana tidak mampu membeli keranda, si ibu menyedari anaknya masih bernafas lemah.
Menurut media tempatan, Keilin kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum Ivis dinasihati untuk membawa anaknya itu ke hospital.
Bayi malang terbabit diberikan rawatan segera namun keadaanya dilaporkan serius.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik, Elba Campos berkata, insiden itu kini dalam siasatan. - Dailymail
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment