Mangsa korban gempa Lombok terus meningkat

Saturday, August 11, 2018

Mangsa korban gempa Lombok terus meningkat


Gempa bumi sekuat 7 skala Richter memusnahkan ribuan rumah, masjid, premis perniagaan di sekitar pulau berkenaan.

Jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah mangsa korban sudah dijangka meningkat memandangkan masih ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan, selain mangsa yang tidak direkodkan dan melapor diri.

“Jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini mencecah 387,000 orang dengan 13,000 cedera,” katanya.

Bahagian utara Lombok merupakan paling teruk terjejas dengan 334 orang meninggal dunia dan hampir 200,000 penduduk terpaksa mening­galkan kediaman mereka.

Selain itu, Sutopo memaklumkan bahawa tempoh bantuan kecemasan turut dilanjutkan kepada 14 hari lagi bagi membolehkan pihak berkuasa menyelesaikan pelbagai perkara.

Jelas beliau, kebanyakan mang­sa yang kehilangan tempat tinggal tidur di bawah khemah berhampiran runtuhan kediaman mereka atau di pusat perlindungan sementara, dan kemudahan perubatan turut disediakan untuk merawat mangsa yang ce­dera.

Enam hari selepas bencana itu berlaku, terdapat penduduk yang masih belum menerima bantuan terutamanya di kawasan pergunungan di utara Lombok.

Keadaan ini berlaku kerana banyak jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan tersebut rosak teruk sehingga menyukarkan bantuan dihantar. – AFP



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment