Lebih 3,000 pelajar sertai larian patriotik

Sunday, August 12, 2018

Lebih 3,000 pelajar sertai larian patriotik

Lebih 3,000 pelajar sertai larian patriotik

KULIM - Lebih 3,000 pelajar tingkatan enam telah mengambil bahagian menyertai Larian Merdeka Pelajar Tingkatan Zon Utara.

Naib Pengerusi Larian Merdeka Pelajar Tingkatan Enam, Ahmad Baharuddin Man berkata, jumlah ini menunjukkan peningkatan sejak tahun lalu apabila mendapat penyertaan yang begitu menggalakkan.

Menurutnya, larian ini bukan hanya untuk bersaing merebut sijil malah menyemarakkan semangat sayangi negara.

“Aktiviti ini dapat meningkatkan semangat patriotik di kalangan pelajar selain meningkatkan kecerdasan peserta.

“Pelbagai latar belakang pelajar juga dapat memupuk perpaduan di kalangan mereka yang bakal menjadi pelapis generasi akan datang,” katanya dalam ucapannya ketika Program Penutup Larian Merdeka Pelajar Tingkatan Enam Zon Utara, di sini.

Katanya, semua pelajar dari pusat dan kolej tingkatan enam dari Zon Utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah terlibat pada kali ini.

“Kita bersyukur semua pusat dan kolej pelajaran tingkatan enam telah mengambil bahagian dan bersama menjayakan larian kali ini,” katanya.

Selain itu, Adun Lunas, Azman Nasrudin juga berkata, aktiviti tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat cintakan negara.

“Aktiviti seperti ini perlu diteruskan  bagi memastikan semangat cinta  negara dapat dipupuk terutama di kalangan generasi muda sejak  di bangku sekolah lagi.

“Mereka ini yang akan jadi pelapis negara dan membina negara pada masa akan datang,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment