Ladang sawit jadi lokasi hisap, jual dadah

Friday, August 10, 2018

Ladang sawit jadi lokasi hisap, jual dadah

Ladang sawit jadi lokasi hisap, jual dadah

KOTA TINGGI â€" Seramai 14 penagih ditahan dalam serbuan yang dijalankan di sebuah kawasan di Blok 3 dekat Felda Air Tawar 1, di sini, semalam antara jam 5 pagi hingga 12 tengah hari.

Operasi yang disertai sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi diketuai Inspektor Mohd Fikri Abd Karim dengan dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu berumur antara 28 hingga 57 tahun.

“Hasil serbuan di ladang sawit tersebut yang dijadikan tempat menjual dan menghisap dadah telah menjumpai heroin seberat 3.98 gram dan syabu seberat 0.10 gram.

“Turut dijumpai sebuah motosikal yang dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ahsmon berkata, semakan yang dibuat ke atas semua suspek juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau bersabit dengan kes jenayah dan dadah.

“Dadah yang dirampas dianggarkan untuk kegunaan anggaran 20 penagih di kawasan tersebut. Dalam ujian saringan awal air kencing pihak polis mendapati semua suspek positif  dadah,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek akan ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah mulai hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment