KPDNHEP jangka tiga senario harga barang akan berlaku

Monday, August 20, 2018

KPDNHEP jangka tiga senario harga barang akan berlaku

KPDNHEP jangka tiga senario harga barang akan berlaku

TANAH MERAH - Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan tiga senario harga barang akan berlaku selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, situasi ini bergantung kepada barangan jualan dan ia tidak termasuk 22 barangan kawalan sedia ada.

Beliau berkata, kesan yang bakal berlaku itu melibatkan kenaikan harga, harga kekal dan penurunan harga barang.

"Sebelum ini dalam tempoh tiga bulan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) rakyat dapat menikmati harga barang yang tidak dikenakan sebarang cukai.

"Namun selepas SST diluluskan maka ada cukai terhadap barangan dan ada yang dikenakan kosong peratus, lima peratus dan 10 peratus bergantung kepada barangan yang dijual," katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Taklimat Kepengunaan Kepada Ahli Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah(PAKAT) di Padang Siam.

Hadir sama, Penaung PAKAT, Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor dan, Pemangku Pengarah  KPDHEP Kelantan,Firdus Zakaria.

Saifuddin berkata, dalam perkembangan lain penyertaan ahli PAKAT sebagai Rakan KPDNHEP (Friends Of KPDNHEP) turut membantu pihaknya dalam usaha memantau harga barangan jualan di pasaran.

"Kita hanya ada 2,300 pegawai penguatkuasa untuk kerja-kerja pemantauan harga dan penguatkuasaan dan ini merupakan satu kekangan jadi bantuan dari rakan KPDNHEP amat dialu-alukan.

"Setakat ini seramai 800,000 Rakan KPDNHEP telah disenaraikan di seluruh Malaysia dan penambahan 15,000 ahli PAKAT adalah satu usaha yang disambut baik," katanya.

Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 diluluskan hari ini iaitu salah satu undang-undang bagi membolehkan SST dilaksanakan pada 1 September ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment