Kes ketum di Melaka meningkat
MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka bimbang peningkatan ketara penyalahgunaan air ketum yang direkodkan sehingga Julai lalu berbanding tempoh sama pada 2017.
Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Noor Effendi Ahmad berkata, untuk tempoh tersebut, terdapat dua kes melibatkan empat pengedar dengan jumlah 858.50 liter air ketum berbanding 846.76 liter air ketum pada tahun lalu.
Menurutnya, sebanyak 17 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu dengan 24 suspek pengedar ditahan di bawah Akta Racun 1952.
âTahun ini menunjukkan peningkatan ketara hingga Julai lalu, jika dilihat kes pengedaran air ketum di Melaka ini melebihi jumlah rampasan sepanjang 2017.
âMaka kita memandang serius isu ini dan akan mempertingkatkan peÂnguatkuasaan serta tindakan bersepadu bagi membendung penyaÂlahgunaan daun ketum di negeri ini,â katanya.
Noor Effendi berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Melaka Tengah di Wisma Negeri, Ayer Keroh.
Hadir sama, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Mohd Yusof Kameh dan Ketua Pegawai AADK Daerah Melaka Tengah, Lailiana Maon.
Noor Effendi yang juga Adun Telok Mas berkata, setakat ini belum ada kes membuktikan penanaman daun ketum berlaku di negeri ini dan hanya pemprosesan air tersebut dibuat di Melaka.
âApa yang kita bimbang perkara itu semakin merebak, jadi kita perlu cantas sebelum ia menjadi lebih teruk,â katanya.
Dalam perkembangan lain, Noor Effendi menegaskan aktiviti peluasan kawasan Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH 3.0) ditingkatkan bagi menurunkan statistik Orang Kena Pengawasan (OKP).
Menurutnya, sehingga Jun tahun lalu, jumlah OKP daerah Melaka Tengah adalah seramai 829 orang berbanding Jun 2018 (538 orang), sekali gus menunjukkan penurunan 291 orang.
Katanya, tiada laporan kes penagih dadah baharu berlaku bagi tempoh Januari sehingga Julai lalu di kawasan Tanjung Kling, Tanjung Minyak dan Kandang.
âManakala Dun kes tertinggi daerah Melaka Tengah setakat ini, Dun Paya Rumput (75 orang), Dun Ayer Keroh (62) dan Dun Pengkalan Batu 59.
âSelain itu terdapat tiga kes baru daripada 26 OKP yang terlibat dan tiga daripada mereka baru mula menagih bawah setahun,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment