'Bukan kawasan seliaan kami'
MUAR - Kerja-kerja peÂnyediaan tong sampah dan kutipan sisa pepejal di Kampung Parit Bakar Darat, Jalan Seri Tanjung, di sini, bukan di bawah tanggungjawab SWM Environment.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tidak dapat menyediakan perkhidmatan tersebut kerana kawasan berkenaan bukan di bawah seliaan mereka.
âSWM Environment telah menjalankan siasatan terperinci di Parit Bakar Darat, Jalan Sri Tanjung, Muar, dan mendapati penjaja tidak diberikan tong sampah serta kerja-kerja puÂngutan sampah tidak dilaksanakan selepas pembayaran cukai penjaja dilaksanakan.
âKami mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan kepada aduan yang dikemukakan bahawa kawasan itu tidak termasuk di dalam seliaan kami,â katanya kepada Sinar Harian.
Respons berkenaan diberikan berdasarkan aduan penduduk yang telah dikeluarkan dalam Sinar Harian pada 1 Ogos lalu.
Dalam aduan tersebut, penduduk telah menyatakan rasa kecewa terhadap pihak yang bertanggungjawab menyediakan tong sampah di kawasan mereka.
Mereka mendakwa masih belum terima tong sampah walaupun pembayaran telah dibuat.
Dalam pada itu, SWM Environment mejelaskan, mereka telah memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan agar isu kebersihan terus terpelihara.
âSWM Environment hargai maklum balas orang ramai dan prihatin dalam menangani aduan awam.
âMereka yang menghadapi masalah boleh hubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472, WhatsApp SWM di 012-6180082 atau layari www.swm-environment.com,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment