Jika tak tahu lebih baik diam... : Mila Jirin

Thursday, August 23, 2018

Jika tak tahu lebih baik diam... : Mila Jirin

Jika tak tahu lebih baik diam... : Mila Jirin

PENYANYI Mila Jirin menyelar tindakan sesetengah pengikut laman Instagram yang lebih gemar menuduhnya melulu sebelum mengetahui perkara sebenar.

Ini berikutan posting Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin yang melakukan ibadah korban pada tahun ini.

Namun perkongsian itu disalah ertikan apabila ada netizen yang menuduh dan mendakwa dia sengaja menunjuk-nunjuk apa yang dilakukannya.

Bagaimana menerusi penjelasan yang dibuat di Instagram miliknya, wanita berusia 31 tahun ini menjelaskan perkongsian yang di buat itu adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial syarikatnya.

"Pada yang DM atau komen di pos sebelum ini yang menyuruh saya supaya tidak menunjuk-nunjuk amalan/perbuatan yang dibuat. Ini jawapan untuk kalian.

"Sumbangan Qurban ini under my company. We as a corporate company have to tell our CSR Program as our company activity.

"Bukan atas dasar nak menunjuk, riak, show off (apa sahaja ayat yang korang cakap). Sifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Harap Maklum.

"Setiap apa yang kita buat, ALLAH yang mengadili bukan kita manusia. Tak baik terus jatuh hukum pada niat seseorang.

"Jika tak tau lebih baik diam dari berkata kata tetapi menyakitkan hati orang lain," tulisnya.

Menerusi entri sebelum ini Mila menjelaskan dia melakukan ibadah korban sebanyak lima ekor lembu pada tahun ini dan tindakkannya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mendakwa ingin menunjuk-nunjuk.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment