Isteri maut ditetak suami

Wednesday, August 29, 2018

Isteri maut ditetak suami

Isteri maut ditetak suami

BUTTERWORTH - Gara-gara cemburu, seorang lelaki sanggup menetak isterinya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Merbau Indah, Sungai Dua pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berjaya diberkas sepasukan polis kira-kira jam 2.20 pagi tadi.

"Dalam kejadian awal pagi itu, polis menerima laporan daripada suspek yang juga merupakan suami mangsa," katanya.

Katanya, siasatan awal polis menemui seorang wanita dalam keadaan terlentang muka menghadap ke atas ditutup dengan selimut dalam sebuah bilik tidur.

"Pasukan siasatan menjumpai sebilah pisau pemotong daging yang terdapat kesan tompokan darah di dalam sinki rumah yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

"Hasil pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat lima kesan luka iaitu dua di bahagian bahu kanan, satu di bahu kiri, satu di leher dan satu di tangan kanan," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, polis kemudian memberkas seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai suami kepada mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment