Hefny Sahad: Saya Doakan Kebahagiaan Uqasha

Pelakon Hefny Sahad, yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon jelita Uqasha Senrose, bagaimanapun akur hubungan mereka tidak berpanjangan dan telah sekian lama âmove-onâ sejak 8 bulan yang lepas.
BACA: Hefny: Uqasha Tak Seksi, Ia Aset Kurniaan Tuhan
âSaya doakan yang terbaik untuk dia, dan sudah 8 bulan saya single. Alhamdulillah kehidupan saya baik lebih-lebih lagi selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah pada bulan Februari lepas. Saya lebih tenang, dan berkat dengan rezeki yang masuk,â katanya.
Walaupun tidak lagi bersua dan berkomunikasi dengan Uqasha, hubungan Hefny dan keluarganya masih baik.
âSaya tak jumpa dan terserempak dengan dia (Uqasha) di mana-mana lagi. Tapi saya dengan keluarganya masih lagi rapat dan âkeep in touchâ tidak ada masalah. Dengan dia (Uqasha) saja saya tidak ada komunikasi langsung. Tapi kalau terserempak saya akan cakap âhiâ tak ada masalah pun,â katanya kepada Rotikaya.
Tambahannya lagi, Uqasha yang kini sedang rapat dengan seorang jejaka yang juga bergelar pelakon membuatkan Hefny berasa tidak wajar baginya untuk mempunyai sebarang komunikasi bagi mengelakkan sebarang punca salah faham.
âPada masa sekarang tak elok untuk saya berkomunikasi dengan dia, benda tu akan mengganggu hubungan dia pula kan. Orang dah ada pasangan tak nak lah kacau pula. Bukan apa saya kalau boleh nak elak daripada menjadi punca atau tidak mahu mengeruhkan keadaan,â katanya juga yang tidak akan menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon bersama dengan Uqasha di masa akan datang.
âSaya kenal dengan dia bukan dari lakonan, jadi kalau ada peluang tak ada masalah, tapi tak tahulah dia. Saya tak ada âblockedâ dia dekat IG ke apa,cuma tiada komunikasi antara kami, dan saya rasa tak perlu ada komunikasi, sebab dia pun dah bahagia dengan hidup dia sekarang. Lebih baik saya fokus dengan kerja,â jelasnya. (rtky/h)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment