BuahTangan angkat jenama Matahati
SETELAH bertapak secara dalam talian sejak setahun lalu, BuahTangan, sebuah perÂniagaan menjual cenderamata bertemakan Malaysia, melangkah setapak lagi menerusi pembukaan premis pertamanya di Kuala Lumpur City Walk (KLCitywalk), di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.
Pengasas Bersama BuahTangan, Elena Shamsuddin berkata, BuahTangan turut mengangkat jenaÂma sendiri iaitu Matahati yang memberi penekanan kepada kualiti proÂduk pada harga berpatutan dengan reka bentuk bertaraf antaraÂbangsa.
Menurutnya, produk-produk yang dipasarkan juga dipilih dengan mengambil kira kepelbagaian dan keunikan Malaysia yang secara langsung melambangkan identiti negara ini,
âKemeja - T Matahati memÂpunyai rekaan bangunan atau lambang ikonik yang bermotifkan Malaysia yang terkenal dengan kekaÂyaan budaya dan tradisinya.
"Selain itu, lilin haruman yang dijual di BuahTangan juga mempunyai bauan yang berinspirasikan dariÂpada flora yang terdapat di Malaysia seperti haruman buah rambutan, manggis dan serai.
âMatahati juga membawa aspirasi BuahTangan agar masya_rakat tempatan berasa bangga untuk menggunakan produk tempatan yang bercirikan lambang negara,â katanya sempena Pelancaran Buah Tangan Store KL City Walk.
BuahTangan turut diasaskan bersama Juliana Shamsuddin dan Isma Ezril.
Pelancaran kedai pertama itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Tambah Elena, setakat ini terÂdapat enam jenama tempatan yang berkolaborasi dengan BuahTangan iaitu Incredible Nuun, Dapo, Beehun, Wax.Wick.Wonder, KitaKita dan Khalid MS.
âAntara jenis barangan yang dipasarkan di BuahTangan adalah kemeja-T, aksesori, beg dan barangan hiasan rumah.
"Selain di laman sesawang www.buahtangan.my dan premis, produk Matahati turut boleh didapati di Kedai Cenderahati Menara Berkembar Petronas, KLCC,â katanya.
Sementara itu, sempena pelancaran kedai sulung BuahTangan, turut dilancarkan kemÂpen atas talian âBorn & Bredâ bersempena sambutan bulan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.
âBorn & Bredâ menampilkan kisah empat anak Malaysia iaitu Hazmil Japilus, Geoffrey Kronenburg, Harith Ridzuan dan Abdul Rashade yang berjaya mengukir nama dalam bidang masing-masing ke peringkat antarabangsa.
Kempen ini berlangsung dari 17 Ogos hingga 16 September 2018 dan perjalanan cerita mereka boleh diikuti di Instagram @buahtanganmy.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment