Baru setahun dah berkarat
MUAR - Belum pun menginjak usia dua tahun projek Muar Waterfront di Tanjung Emas, di sini, siap sepenuhnya, pengunjung kini bimÂbang selepas beberapa struktur pengadang besi di sepanjang laluan pejalan kaki menyusuri sungai itu mula rosak.
Masalah berkenaan dikhuatiri membahayakan keselaÂmatan orang ramai kerana keadaan besi itu berkarat dan reput selain ada beÂberapa bahagian yang telah patah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati pengadang besi sepanjang kira-kira tiga kilometer itu terpaksa diletakkan tanda amaran untuk memberi peringatan kepada pengunjung.
Besi pengadang terbabit rosak dan hanya bebeÂrapa sahaja masih sempurna seleÂpas kerja-kerja pengubahÂsuaian landskap dan pemasangan besi di laluan itu siap April tahun lalu.
Pengunjung, Zainon Chek, 52, berkata, keadaan itu membimbangkan ibu bapa kerana kawasan rekreasi tersebut merupakan tempat tumpuan khususnya kanak-kanak.
âBila berada di kawasan permainan seperti ini, kawalan ibu bapa ada masaÂnya sedikit longgar kerana nak bagi kebebasan pada anak untuk bermain. Jadi bila timbulÂnya masalah keroÂsakan macam ni kita risau sebab ia boleh mencederakan mereka.
âTambahan pula Tanjung Emas adalah lokasi untuk beriadah. Selain mampu mencederakan, ia juga dibimÂbangi boleh menyebabkan kejadian tak diingini,â katanya.
Selain itu, kerosakan terbabit turut mencacatkan pandangan kerana lokasi itu merupakan tarikan kepada penÂduduk luar.
Bagi Mohd Azlan Siman, 51, kerosakan itu perlu dibaiki segera kerana ia memÂbabitkan soal keselaÂmatan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Mustaffa Kamal Shamsudin ketika ditemui mengingatkan ibu bapa untuk memantau anak mereka dengan lebih ketat sekiranya berkunjung ke Tanjung Emas, selama keaÂdaan itu masih belum lagi dibaiki.
âMasalah ini telah diberi perhatian sejak ia mula berlaku. Justeru ingin saya tegaskan agar semua pengunÂjung perlu berhati hati terutama yang membawa kanak-kanak.
âUntuk pengetahuan, masalah ini adalah di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkaitan mengakui sedang menunggu peruntukan bagi membaiki masalah itu,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment