Anwar pernah nasihat Rafizi tidak bertanding

Saturday, August 11, 2018

Anwar pernah nasihat Rafizi tidak bertanding

Anwar pernah nasihat Rafizi tidak bertanding

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya tidak perlu ada pertan­dingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Memetik laporan portal Utusan Online, Anwar berkata, cadangan itu pernah diutarakan kepada Rafizi Ramli supaya tidak perlu ada pertan­dingan bagi jawatan nombor dua tersebut, namun memahami hujah bekas Ahli Parlimen Pandan itu untuk bertanding dan melihat perkara itu sebagai amalan demokrasi.

Malah, menurutnya, beliau sendiri telah bercakap serta mendengar alasan dan hujah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi berhubung hasrat mereka menjadi orang kanannya.

Namun, beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana kem dalam pemilihan PKR kerana tindakan itu boleh memudaratkan parti.

Anwar menganggap Azmin dan Rafizi berada di dalam ‘kem Anwar’.

“Saya tengok kedua-dua mereka itu kem saya. Mohamed Azmin adalah penyandang, apabila ada orang mencabarnya pasti ada menganggap saya yang memberi laluan tetapi sebenarnya tidak.

“Saya tidak bo­leh menyatakan jangan kalau dia (Rafizi) ada hujah yang mahu diutarakan. Apa saya mampu lakukan adalah menasihatkan calon supaya jangan taksub dan terikat de­ngan puak kerana boleh menghalang parti memilih pemim­pin terbaik,” katanya dalam temu bual di pejabatnya, di sini semalam.

Kira-kira 800,000 ahli PKR akan mengundi dalam pemilihan PKR selama tiga minggu mulai pertengahan September ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, ‘dua kem’ yang wujud itu sentiasa mengharapkan panduan daripadanya dan beliau memberi isyarat bahawa perjuangan parti harus dipertahankan.

Beliau turut meletakkan sya­rat bahawa setiap calon tidak membuat serangan peribadi dan menyalahgunakan kuasa untuk meraih undi memandangkan kebanyakan yang bertanding kini mempunyai jawatan penting dalam kerajaan.

Berdasarkan pengalamannya selama 16 tahun dalam Umno, Anwar mengakui tidak mudah menghalang perbezaan panda­ngan dalam parti, namun me­nganggap ia boleh dielakkan sekiranya pemimpin tertinggi sendiri tidak berpuak-puak.

“Saya sebagai ‘bapa’, harus mendukung ahli dan menganggap semua yang bertanding sebagai satu pasukan dan harus memberi peluang kepada mereka,” katanya.      



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment