Yakin ahli PKR Pahang pilih Rafizi

Friday, October 5, 2018

Yakin ahli PKR Pahang pilih Rafizi

Yakin ahli PKR Pahang pilih Rafizi

KUANTAN - Calon Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh yakin bahawa ahli PKR di negeri ini akan memilih Rafizi Ramli sebagai calon timbalan presiden PKR pada sesi pemilihan PKR penggal 2018-2021.

“Bagi Cabang PKR Kuantan, saya percaya 99 peratus undi akan diberikan kepada calon pasukan Reformasi 20 Tahun, Rafizi," katanya selepas beliau membuang undi di pusat Pengundian Pemilihan Keadilan Cabang Kuantan sebentar tadi.

Bagaimanapun proses pemilihan kepimpinan baharu PKR di Pahang masih berjalan lancar dan akan berakhir jam 5 petang nanti.

Bagi pemilihan di negeri Terangganu dan Kelantan, Rafizi dalam Facebook mendakwa beliau telah memenangi pemilihan Kerusi Timbalan Presiden di dua buah negeri termasuk Kelantan dan Terengganu dengan menewaskan pencabarnya yang juga merupakan penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Fuziah menawarkan diri bagi merebut jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan kali ini dan berdepan cabaran sengit daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Mengulas mengenai pemilihan PKR kali ini, Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sistem e-undi diperkenalkan pimpinan PKR Pusat lebih memudahkan dan dapat mempercepatkan proses pengumuman keputusan.

Jelasnya, segalanya berjalan lancar dan beliau percaya semua keputusan dapat diketahui mengikut jadual ditetapkan.

“Saya kira antara jam 6 petang nanti, semua (keputusan) boleh diketahui,” katanya.

Seramai 2,231 ahli PKR Cabang Kuantan layak mengundi bagi pemilihan kali ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment