[VIDEO] Mayat remaja lemas akhirnya ditemukan

Thursday, October 4, 2018

[VIDEO] Mayat remaja lemas akhirnya ditemukan




Video oleh ZAKI AMIRUDDIN

Penolong Pengarah Operasi JPBM Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat itu berhampiran lokasi kejadian pada pukul 5.45 petang.

Remaja berusia 17 tahun itu tergelincir dari sebuah jambatan berhampiran lombong itu kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Semalam, enam anggota bomba mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat remaja itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan mati lemas akibat dibawa arus deras.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment