Dakwaan Pas bersifat politik

Thursday, October 4, 2018

Dakwaan Pas bersifat politik

Dakwaan Pas bersifat politik

PORT DICKSON - Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menempelak Pas yang mendakwa akan berlakunya sekali lagi PRK di Port Dickson.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata sebagai mengulas dakwaan calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bertanding kerana pemimpin itu hanya mendapat pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong, bukannya pengampunan bebas.

Menurutnya, dakwaan tersebut bersifat politik dan tidak berasaskan undang-undang.

"Kalau kita dengar apa yang disebut pengarah jabatan penjara yang membaca teks sebelum Anwar dibebaskan dulu, sangat jelas pengampunan itu adalah pengampunan besifat penuh yang menghapuskan semua rekod.

"Anwar tidak ada sebarang rekod jenayah. Itu yang dimaksudkan..saya tak pasti sama ada maksud dihapuskan semua rekod jenayah ini mudah difahami atau tidak," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Ahmad Fahmi berkata, apabila pegawai penjara nyatakan Agong mengampuni dan seseorang itu tidak mempunyai rekod jenayah, bermaksud beliau tiada rekod jenayah.

Beliau menambah, tidak timbul langsung soal sama ada Anwar boleh bertanding ataupun tidak.

"Tidak ada persoalan tentang hal itu, mungkin daripada pihak bertanya itu mugkin soalan ini diajukan kepada pegawai jabatan penjara yang membacakan teks rasmi tersebut...tidak ada lagi PRK di sini (Port Dickson)," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Anwar tidak layak bertanding]

Terdahulu, Pas berharap Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur menyegerakan saman pemula seorang pengundi berdaftar Port Dickson yang mengemukakan tindakan undang-undang bagi memohon perisytiharan Anwar  tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Pada 28 September lepas, Noraziah Mohd Sharif, 38, mengemukakan tindakan undang-undang bagi memohon perisytiharan Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment