Popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela, pelakon Intan Najuwa mengakui terkejut apabila dimaklumkan namanya tersenarai sebagai saksi yang dikhendaki polis bagi prosiding berkaitan kes dadah.

Intan memberitahu, dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya selepas namanya tersenarai sebagai saksi dikehendaki kerana sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah di Shah Alam.


“Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta,” katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, Intan menjelaskan dia tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah seperti disangka,  dia hanya diminta untuk tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis. Jelas Intan lagi, kes tersebut berlaku kira-kira tiga tahun lalu, namun perbicaraan masih lagi berlangsung.

“Tidak… Saya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah hanya diminta tampil sebagai saksi sahaja. Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tiada dalam industri sekarang,” jelasnya.