Pesawat bertembung, lapangan terbang Khartoum ditutup

Thursday, October 4, 2018

Pesawat bertembung, lapangan terbang Khartoum ditutup

Pesawat bertembung, lapangan terbang Khartoum ditutup

KHARTOUM - SUDAN.  Lapangan terbang Khartoum di Sudan ditutup susulan insiden pertembungan melibatkan dua pesawat pengangkutan tentera.

Pesawat Antonov 26 dan 32 bertembung ketika mahu mendarat di lapangan terbang Khartoum selepas menamatkan sesi latihan pada pagi Rabu.

Jurucakap lapangan terbang, Mohamed Mahdi memberitahu media tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden terbabit.

Menurutnya, siasatan terhadap punca kemalangan telah dilancarkan, namun pihak tentera Sudan tidak memberi sebarang komen berhubung insiden.

Penutupan lapangan terbang adalah sebagai langkah berjaga-jaga selari peraturan antarabangsa, ia dijangka dibuka semula dalam waktu terdekat. - Dailynation



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment