Gadis cari ayah jadi wali nikah

Thursday, October 4, 2018

Gadis cari ayah jadi wali nikah

Gadis cari ayah jadi wali nikah

SHAH ALAM - Seorang gadis, Uswatul Hayati Abd Majid, 22, mencari bapa kandungnya yang terpisah untuk menjadi wali pada majlis pernikahannya, bulan depan.

Uswatul berkata, bapanya, Abd Majid Sadik, 70, menghilangkan diri ketika dia berumur setahun dan sehingga kini belum ditemui.

“Menurut cerita disampaikan kepada saya, ayah keluar dari rumah setelah berlaku pertengkaran dengan ibu. Sejak itu, ayah tak pernah pulang.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencari ayah namun buntu. Saya juga tidak mendapat sebarang maklumat di mana ayah saya berada,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 8 Oktober ini tetapi terpaksa ditangguh sehingga satu usaha mencari ayahnya dilakukan atas arahan mahkamah syariah.

“Sekiranya usaha ini juga tidak mendatangkan hasil, saya terpaksa menikah menggunakan wali hakim,” katanya yang juga anak tunggal dan tinggal dengan ayah angkat selepas kematian ibunya.

Orang yang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Abd Majid boleh berhubung dengan Uswatul di talian 018-328 1889.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment