Perak tuan rumah Sopma 2018

Thursday, October 4, 2018

Perak tuan rumah Sopma 2018

Perak tuan rumah Sopma 2018

KERAJAAN Perak memperuntukkan RM200,000 bagi menjayakan Sukan Orang Pekak Malaysia ke-20 (Sopma) yang bakal berlangsung pada 15 Oktober ini.

Exco Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata, dijangka seramai 1,200 atlet dari seluruh negara akan berkumpul bagi menjayakan tujuh acara yang dipertandingkan sekitar bandar raya ini.

“Majlis Sukan Perak bersama Kerajaan Negeri komited beri sokongan penuh dalam menjayakan Sopma kali ini.

“Perbincangan sudah diadakan sejak September lalu dan peruntukan yang disediakan bagi melengkapkan keperluan atlet-atlet untuk beraksi dalam acara yang dipertanding antaranya, olahraga, futsal, renang, bola sepak dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurutnya, sukan yang dianjurkan oleh Persatuan Orang Pekak Malaysia itu bakal manjadi wadah memperkasakan golongan kurang upaya.

“Acara olahraga kali ini memperkenalkan isyarat lampu buat pertama kali untuk permulaan larian.

“Sopma menjadi platform untuk memperkasakan golongan itu selari serta peranan mereka menerusi sukan ini,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment