Hanya dua cara pulihkan hubungan Taiwan-China

Tuesday, October 9, 2018

Hanya dua cara pulihkan hubungan Taiwan-China

Hanya dua cara pulihkan hubungan Taiwan-China

TAIPEI - TAIWAN. Bukan mudah bagai dikata apabila berjiran dengan negara gergasi seperti China.

Demi kelangsungan rakyat, demokrasi dan ekonomi negaranya, Taiwan kini percaya kerjasama dan dialog berkaitan selat Taiwan.

Perairan di antara kedua negara tersebut memang sering kali bergolak.

Selat Taiwan seolah menjadi saksi sejarah di mana insiden serangan antara dua negara itu turut beberapa kali berlaku sejak Taiwan berpisah diri daripada China pada 1949.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan, Dr Chiu Chui-cheng berkata, Taiwan berharap perbezaan ini dapat diselesaikan hanya melalui komunikasi dan dialog pragmatik.

“Kerjasama yang saling menguntungkan, komunikasi dan dialog adalah trend dunia kini.

Sebahagian wartawan yang hadir pada sidang media.

“Dasar silang selat itu adalah mengekalkan status quo persekitaran damai di seluruh selat itu.

"Kerajaan Taiwan mengulangi tradisi yang tidak dapat dibina untuk mewujudkan hubungan silang selat secara konsisten dan mampan," katanya di hadapan 21 wartawan daripada 20 negara atas jemputan Taiwan sempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu pada 10 Oktober.

Sementara itu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pejabatnya mengenai pandangan umum status quo semasa, Chui-cheng berkata lebih tiga perempat (80 peratus) daripada rakyat Taiwan bersetuju dengan langkah itu.

“Rakyat Taiwan percaya kepada sistem demokrasi.

"Komitmen Taiwan terhadap polisi silang selat tidak akan berubah. Kami akan membalikkan semua konfrontasi lalu," katanya

Sehubungan itu, Chui-cheng turut mendesak sokongan antarabangsa untuk Taiwan.

Sejak sekian lama, pulau yang terletak di pesisir tenggara China itu mendeklarasikan diri sebagai republik demokrasi, namun kerap dianggap Beijing sebagai bahagian integral dari wilayah teritorialnya.

Sementara itu, memetik laporan media asing, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen berkata, perilaku ini merugikan hubungan silang selat dan imej antarabangsa mereka.

"Ini adalah peringatan kepada pemerintah China.

“Kami tidak akan pernah menyerah," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tsai turut memberi amaran bahawa China akan terus melakukan tekanan dengan sisa 17 negara yang mengiktiraf Taiwan di mana sebahagian besar merupakan negara kecil di kawasan Pasifik dan Caribbean.

"Kita harus mempersiapkan mental. Sebab, tekanan ini tak bakal berhenti hingga masa pemilihan umum," ujar Tsai.

Hubungan Taiwan dan China menjadi renggang selepas parti Komunis di Beijing melemahkan hubungan luar negeri Taiwan sejak Tsai mengambil alih kuasa pada tahun 2016.

China berang selepas Tsai menolak mengakui pemerintahannya dan pemerintahan China adalah sebahagian dari satu negara.

Bagaimanapun Tsai mengulangi pendirian negara itu untuk mempertahankan status quo sebagai langkah menjaga demokrasi Taiwan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment