Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd. Fariz berkata, dia tidak menjangka tindakan lelaki yang menguruskan kerjayanya itu telah mencetuskan perbalahan sehingga berlarutan di media sosial.
“Saya berasa amat kesal dan berharap permohonan maaf saya ini dapat meredakan ketegangan yang berlaku.
“Selepas ini, jika ada sebarang urusan dan memerlukan khidmat saya, boleh terus hubungi saya sahaja,” katanya.
Terdahulu, seorang wartawan hiburan telah menghubungi pengurus itu dan menawarkan peluang kepada Raysha untuk menjayakan majlis pembukaan sebuah butik jam jenama antarabangsa yang telah dirasmikan minggu lalu di pusat beli-belah Suria KLCC.
Bagaimanapun, sikap acuh tak acuh pengurus terbabit mengundang rasa tidak senang wartawan berkenaan sehingga timbulnya salah faham bukan sahaja antara mereka berdua sahaja, malah turut membabitkan beberapa individu lain yang pernah berurusan dengannya.
Tidak mahu hal tersebut menjadi lebih buruk, Raysha tampil dengan harapan dapat menjernihkan kekeruhan yang terjadi. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment