PTKL ditutup AS$400 lebih tinggi

Wednesday, August 22, 2018

PTKL ditutup AS$400 lebih tinggi

PTKL ditutup AS$400 lebih tinggi

KUALA LUMPUR รข€" Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) ditutup AS$400 lebih tinggi kepada AS$19,220 setan hari ini susulan permintaan yang kukuh, selain selari dengan aliran harga meningkat di Bursa Logam London (LME).

Harga timah di LME meningkat AS$490 kepada AS$19,265 setan.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena sambutan Aidiladha.

Peniaga itu berkata di bursa tempatan, pasaran timah disokong pembeli dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Pakistan dan Bangladesh.

Bidaan sebanyak 12 tan berbanding 26 tan pada Selasa manakala penawaran sebanyak 12 tan berbanding 21 tan sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 12 tan berbanding 21 tan pada Selasa.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatatkan diskaun AS$45 setan berbanding premium AS$45 setan sebelumnya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment