Pensyarah warga mesir didakwa cabul penuntut
Pensyarah warga mesir didakwa cabul penuntut
sumber: sinarharian
Pensyarah warga mesir didakwa cabul penuntut
KOTA BHARU - Seorang pensyarah kolej warganegara Mesir didakwa di mahkamah sesyen, tadi atas tuduhan mencabul penuntut kolej sama berusia 19 tahun.
Tertuduh, Ahmed Abdellatif Ahmed Khalil, 56, didakwa di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.
Tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami Bahasa Melayu.
Tertuduh didakwa mencabul mangsa wanita warga tempatan terbabit dalam bilik pensyarah sebuah bangunan kolej di Nilam Puri, pada jam 12.15 tengah hari, 7 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes ditetapkan 27 Ogos ini untuk jurubahasa bahasa Arab.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment