MTEM yakin Mara dapat kekalkan fungsi sebenar

Wednesday, August 15, 2018

MTEM yakin Mara dapat kekalkan fungsi sebenar

MTEM yakin Mara dapat kekalkan fungsi sebenar

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yakin langkah meletakkan keseluruhan agensi Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dapat mengekalkan fungsi sebenar institusi berkenaan.

Selain daripada itu, Mara juga dapat diurus tadbir dengan lebih telus serta dapat mencapai sasaran melahirkan Bumiputera yang berdaya saing, kata MTEM dalam satu kenyataan yang menyokong keputusan kerajaan Pakatan Harapan meletakkan Mara di bawah kementerian pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia menambah langkah itu selari dengan gesaan MTEM sebelum ini supaya Mara terus ditadbir dalam satu kementerian sahaja sekali gus menepis sebarang spekulasi yang ditimbulkan beberapa pemimpin politik.

“Pada pandangan MTEM, keberadaan Mara di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) oleh kerajaan terdahulu dilihat seolah-olah melahirkan persepsi bahawa institusi itu hanya bertanggungjawab ke atas pembangunan ekonomi Bumiputera di sektor luar bandar sahaja,” katanya.

MTEM turut menyeru supaya keseluruhan agensi berkepentingan Bumiputera dapat diperkasa dan diletakkan di bawah satu kementerian kerana langkah ini lebih sesuai dalam usaha meneruskan inisiatif meningkatkan agenda Bumiputera di masa depan. â€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment