Mekanik parah dihempap bas

Saturday, August 11, 2018

Mekanik parah dihempap bas

Mekanik parah dihempap bas

JERANTUT - Seorang mekanik cedera parah di bahagian kepala ketika menukar tayar hadapan sebuah bas di sebuah kedai tayar di Jalan Kampung Temin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Abd Rahman Ishak, 39, dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) 410 sedang memasang hidraulik jack pada bas berkenaan untuk menukar tayar sebelum dihempap bas terbabit.

Seorang saudara mangsa, Mohd Zamri Umor, 33, berkata, mangsa sebelum itu berada di bawah bas berkenaan ketika memasang peralatan tersebut.

"Secara tiba-tiba badan bas menghempap mangsa dan kawannya yang melihat kejadian itu cuba membantu mengeluarkan dia dari bawah bas.

"Pemilik bengkel berkenaan yang turut melihat kejadian itu terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan," katanya lagi.

Menurutnya, mangsa dalam keadaan separuh sedar sambil menahan kesakitan sebaik di keluarkan dari bawah bas berkenaan.

Mohd Zamri memberitahu, mangsa dikejarkan ke Hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

"Mangsa sudah lama bekerja di situ dan ini adalah kemalangan pertama menimpanya di tempat kerja," ujarnya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kerana masalah pada peralatan yang digunakan oleh mangsa.   



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment