Lampin, produk penjagaan bayi Kira Kira kini di Malaysia
SIFAT ingin tahu memang dimiliki oleh bayi semenjak lahir. Memahami keperluan anak kecil itu, Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi membesar dengan bergaya sambil selesa.
Menurut Pengarah Komersial MOOCC bagi DSG Malaysia, Patt Sue Ann, lampin produk keluaran syarikat mereka direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu âProduk Berkualiti Melalui Kesederhanaanâ.
âDengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan berangin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari.
âRamai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft Dry Premium Pants,â kata dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi agar sentiasa kering dan segar.
âBagi membolehkan bayi tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,â katanya lagi.
Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz âNew Bornâ dan âSâ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut.
Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda.
Bayi juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment