Kofi Annan dalam kenangan

Tuesday, August 21, 2018

Kofi Annan dalam kenangan

Kofi Annan dalam kenangan

DILAHIRKAN pada 1938, pemilik nama Kofi Atta Annan, merupakan antara tokoh dunia yang gigih memperjuangkan isu global sepanjang hayatnya.

Memulakan karier di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1962 sebagai pegawai belanjawan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Annan kemudian dilantik menjadi Setiausaha Agung ketujuh PBB pada 1997.

Mewarisi ciri kepimpinan dari datuk dan ayahnya yang juga merupakan pemimpin tempatan, beliau sering  menjadi ikon pilihan dalam kalangan masyarakat antarabangsa ketika  membincangkan isu sejagat seperti konflik perang dan sebagainya.

Usaha tanpa jemu terutama dalam bidang kemanusiaan dan mempromosikan keamanan, melayakkan beliau menjadi penerima Anugerah Nobel Keamanan pada 2001.

Annan melepaskan jawatannya di PBB pada tahun 2006 setelah 10 tahun berkhidmat untuk badan dunia itu.

Bagaimanapun, persaraan bukan bererti waktu rehat buat Annan, pada tahun 2012, beliau menjadi duta khas PBB dan Liga Arab Bersatu dalam menangani isu Syria.

Seterusnya, pada 2016, atas permintaan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, beliau dilantik mengetuai Suruhanjaya Penasihat yang membincangkan kemelut Rakhine.

Tahun berikutnya,beliau menubuhkan Yayasan Kofi Annan bagi tujuan mempromosi keamanan dan kesejahteraan dunia.

Ternyata, kewibawaannya dalam menangani pelbagai isu sejagat akan sentiasa menjadi panduan.

Dunia pasti akan mengenang jasa dan bakti insan bernama Kofi Annan walaupun selepas pemergiannya pada 18 Ogos lalu di Bern, Switzerland.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment