Kerajaan pertimbang cara sekat 'game addict'
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji modul-modul luar negara bagi membendung masalah ketagihan 'game' yang melanda rakyat negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata modul yang dipertimbangkan termasuk daripada Jepun dan Korea.
"Memang kementerian sedang kaji beberapa langkah yang dibuat di luar negara khususnya di Jepun dan Korea di mana ada penyekatan ke atas penggunaan internet untuk kanak-kanak bawah 17 tahun selepas 12 malam hingga 6 pagi.
"Ada juga penyedia 'game' yang menyekat pengguna bawah 17 tahun untuk berada dalam permainan setakat satu atau dua jam sahaja. Selepas itu akan 'offline' secara automatik.
"Ini antara langkah yang kita boleh ambil dan sedang kaji supaya 'game addiction' ini boleh dikawal," katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) membangkitkan soal masalah 'game addiction' yang meruncing dalam kalangan kanak-kanak dan golongan dewasa.
Kata Lukanisman, masalah 'game addiction' ini bukan sahaja dlm kalangan kanak-kanak tapi juga melibatkan golongan dewasa berusia 30 hingga 40 tahun.
"Terdapat kes kanak-kanak, pelajar taksub bermain 'game' sampai tak pergi sekolah.
"Aplikasi sosial juga banyak beri tekanan kepada pengguna mendapat perkongsian, 'like' yang banyak sehingga berlaku gangguan mental dan depresi untuk mendapat populariti," katanya.
Beliau juga meminta Boon Chye menjelaskan sama ada ketagihan itu dikategorikan sebagai masalah mental.
Menurut Boon Chye, 'game addiction' dan ketagihan aplikasi media sosial merupakan tingkah laku kompulsif yang menyebabkan kesan negatif kepada seseorang.
"Ia buat seseorang itu terlalu ingin lakukan aktiviti itu sampai jadi tabiat hingga menjejaskan kerjaya dan waktu bersama keluarga.
"WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) kelaskan 'game addiction' bawah kategori gangguan penggunaan bahan dan tingkah laku ketagihan di bawah payung besar gangguan mental.
"Bagi ketagihan sosial media belum diklasifikasikan sebagai gangguan mental, tingkah laku dan gangguan 'neurodevelopmental'," katanya.
Katanya lagi, walaupun belum ada laporan berkait dua perkara itu, namun kajian menunjukkan ketagihan internet mencatatkan sehingga 34.9 peratus.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment