Kajian semula pelan induk Kampung Baru akan disegerakan

Wednesday, August 15, 2018

Kajian semula pelan induk Kampung Baru akan disegerakan

Kajian semula pelan induk Kampung Baru akan disegerakan

PETALING JAYA - Kementerian Wilayah akan menyegerakan kajian semula Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) di Kuala Lumpur sebelum memutuskan hala tuju perancangan itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Katanya, kementerian itu sedang dalam proses untuk memulakan kajian tersebut bagi menyelesaikan masalah yang telah lama dihadapi penduduk kampung itu yang wujud sejak 118 tahun lepas.

"Asas kepada dasar yang ingin dilakukan untuk pembangunan Kampung Baru akan diputuskan oleh pemilik tanah atau waris itu sendiri.

“Kajian semula itu akan diselesaikan secepat mungkin sungguhpun kita berdepan cabaran untuk mendapatkan persetujuan daripada setiap penduduk dan pemaju," katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Kampong Baru Ke Arah Kampung Warisan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan kajian itu tidak akan mengambil masa yang lama dan pembangunan yang akan dilaksanakan tidak akan memberi kesan negatif atau merugikan penduduk asal dan waris Kampung Baru.

Seminar yang dihadiri penduduk Kampung Baru, ahli akademik dan penyelidik diadakan bagi membentangkan hasil kajian konsep 'Kampung Mizan' yang telah dijalankan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap Kampung Baru selain mendapatkan maklum balas daripada penduduk kampung itu. â€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment