Kadar jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM

Wednesday, August 15, 2018

Kadar jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM

KADAR antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM22.74 bilion daripada RM29.27 bilion sebelum ini, manakala dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM10.12 bilion daripada RM12.56 bilion, sebelum ini.

Terdahulu, BNM menjalankan tender lelongan matang dan dua tender Qard.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM22.7 bilion dan tender pasaran wang Qard RM10.1 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman berada pada 3.19 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. รข€"Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment