Harga ayam naik 20 sen
PASIR MAS - Tiada kenaikan harga sayur-sayuran dikesan berlaku di kawasan sekitar Parlimen Pasir Mas menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Rabu ini.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar basah mendapati harga barangan itu masih lagi kekal dan tidak berubah.
Seorang peniaga di pasar basah Kampung Gaung, Tendong, Za Asma Mohd Razan, 30, berkata, tiada sebarang kenaikan berlaku untuk sayur-sayuran yang dijualnya.
"Bukan sahaja harganya masih kekal, bekalan juga masih mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha," katanya yang mendapatkan bekalan di pasar borong RTC Tunjong.
Menurutnya, disebabkan itu dia masih mengekalkan harga jualan sayur itu seperti biasa.
Katanya, setakat ini tiada keperluan untuk menaikkan harga sayur-sayuran tersebut.
Selain sayur, harga ikan juga masih kekal dan tiada sebarang kenaikan berlaku.
Perkara itu diakui sendiri oleh peniaga ikan Mohd Izuan Mohamad, 29.
"Harga ikan masih lagi stabil dan tidak berlaku kenaikan.
"Jadi pengguna tidak perlu panik, insya-ALLAH bekalan ikan masih lagi mencukupi untuk Aidiladha," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga ayam segar, Emmy Chun berkata, berlaku kenaikkan harga sebanyak RM0.20 untuk bahan mentah itu.
Katanya, sebelum ini dia menjual ayam tersebut dengan harga RM6.39 untuk sekilogram.
"Saya tidak menolak kemungkinan kenaikan ini berlaku disebabkan oleh sambutan Aidiladha," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment