Guna 500 botol kitar semula bina Jalur Gemilang

Wednesday, August 29, 2018

Guna 500 botol kitar semula bina Jalur Gemilang

Guna 500 botol kitar semula bina Jalur Gemilang

JOHOR BAHRU - Kreativiti Hospital KPJ Pakar Puteri terserlah bila berjaya membina replika Jalur Gemilang gergasi dengan menggunakan 500 botol plastik kitar semula sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Jumaat ini.

Pengarah Perubatan KPJ Pakar Puteri, Dr Mohd Ali Salleh berkata, usaha itu sejajar dengan tema Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2018 iaitu 'Beat Plastic รข€" if you cannot reuse it, refuse it' sekali gus mewujudkan kesedaran dalam memelihara alam sekitar.

Mohd Ali berkata, pihaknya mengambil masa dua minggu untuk mengumpulkan kesemua botol plastik berkenaan bagi membina replika selain turut menggunakan kertas kitar semula yang digantung di ruang legar KPJ Puteri.

"KPJ Pakar Puteri tidak sekadar menggantung bendera Malaysia, kita menghasilkan bendera gergasi berukuran 2.4 meter panjang dan 4.8 lebar untuk sambutan kali ini.

"Kita sentiasa menggalakkan kakitangan mahupun pesakit untuk turut serta bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan tahun ini," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Ali berkata, pihaknya juga komited dalam memelihara alam sekitar daripada tercemar dan bercadang untuk mengadakan program 'Drop Your Bottle' yang bertujuan menggalakkan orang ramai mengumpul botol plastik.

"Pihak KPJ akan menghantar botol yang dikumpul itu ke pusat kitar semula," katanya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment