GMIM desak hak asasi umat Islam dibangkitkan
KUALA LUMPUR - Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) mempersoalkan kedudukan hak asasi umat Islam sekiranya golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sewenang-wenangnya menuntut hak mereka.
Pengerusinya, Wan Asshima Kamaruddin berkata, golongan tersebut kini dilihat berani menuntut hak mereka yang jelas sekali jelas bertentangan dengan norma masyarakat.
"Isu ini dilihat serius dan ia merupakan satu penghinaan dan pencabulan terhadap hak asasi manusia dan masyarakat di negara ini.
"LGBT adalah penyakit sosial dan ia bukanlah gaya hidup yang wajar diberi sokongan mahupun mendapat tempat istimewa seperti yang dituntut oleh golongan tersebut," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKENAAN:Jumpa Nisya sekadar berbincang: Mujahid]
Sebelum ini, aktivis transgender, Nisha Ayub mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (menteri agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pertemuan itu lebih kepada perbincangan untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah dan masalah lain yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan ibadah secara khusus.
Bagaimanapun, Mujahid menarik semula apa yang diperkatakan sebelum ini mengenai penggunaan tandas awam untuk golongan berkenaan.
[ARTIKEL BERKENAAN: Mujahid akui terkhilaf, mohon maaf, tarik kenyataan]
Mengulas lanjut, Wan Asshima bertegas, GMIM memberi amaran keras dan tegas terhadap golongan LGBT termasuk transgender yang dilihat mahu mendiskriminasikan kedudukan wanita sebenar.
"Isu diskriminasi transgender sepatutnya tidak timbul memandangkan mereka sendiri yang memilih jalan tersebut.
"Sekiranya mereka kembali kepada fitrah asal, masalah ini pasti tidak akan berlaku. Lebih menyedihkan, golongan tersebut tampil dengan pelbagai cara untuk dilihat sebagai idola sedangkan ia bertentangan sama sekali dengan tuntutan dalam Islam,รข katanya.
Dalam masa sama, GMIM juga menggesa pihak kerajaan agar memastikan apa sahaja tuntutan serta keputusan yang hendak dibuat haruslah selari dengan ajaran Islam dengan berpegang melalui Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment