Dua Warga emas maut, kereta masuk gaung

Tuesday, August 21, 2018

Dua Warga emas maut, kereta masuk gaung

Dua Warga emas maut, kereta masuk gaung

TAPAH - Dua lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Saga yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Batu 9, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini hari ini.  

Dalam nahas kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Jantan Putih, 66, dan penumpang Bah Rajin Bah Gadong, 83.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata semasa kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan ke Cameron Highland.

"Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipercaya  hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum masuk ke gaung dan menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Adnan berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat, manakala kenderaan terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, semasa nahas cuaca adalah dalam keadaan baik dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment