China tindas etnik Uighur

Friday, August 10, 2018

China tindas etnik Uighur

China tindas etnik Uighur

GENEVA - SWITZERLAND. Panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan menerima banyak laporan berhubung lebih satu juta etnik Uighur China yang ditahan di sebuah kem pengasingan rahsia.

Ahli jawatankuasa PBB berhubung Penghapusan Bangsa, Gay McDougall berkata, etnik Uighur dan minoriti Islam dipaksa tinggal di Ć¢€˜kem politik indoktrinasiĆ¢€™.

Perkara tersebut didedahkan pada persidangan Geneva yang dijadual berlangsung hingga Isnin depan berhubung rekod China, termasuk Hong Kong dan Macau.

Delegasi China yang diwakili 50 pegawai bagaimanapun tidak membuat sebarang komen berhubung pendedahan berkenaan. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment