Amanah tubuh cawangan di Kampung Seri Pudak

Monday, August 13, 2018

Amanah tubuh cawangan di Kampung Seri Pudak

Amanah tubuh cawangan di Kampung Seri Pudak

PENDANG - Parti Amanah daerah ini telah menubuhkan cawangan baharu di Kampung Seri Pudak, semalam.

Setiausaha Amanah Pendang, Fadlurahman Zawawi berkata, pembukaan cawangan baharu itu turut diikuti dengan sesi penyerahan borang keahlian.

Katanya, seramai 47 borang keahlian Amanah diterima ketika sesi perasmian cawangan baru itu.

"Penubuhan cawangan ini diharap dapat memantapkan lagi Amanah di Parlimen Pendang ini," katanya.

Menurutnya, pertambahan ahli dari masa ke semasa ini membuktikan Amanah mendapat tempat di hati rakyat.

"Insya-ALLAH dengan jumlah ahli yang ada ini kita mampu menjadi parti yang kuat dan berintegriti," ujarnya.

Katanya, pada masa ini Amanah telah pun mempunyai 30 cawangan di sekitar Parlimen Pendang.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment