Abang maut hantar adik
Abang maut hantar adik
sumber: sinarharian
Abang maut hantar adik
TANJONG KARANG - Hasrat seorang abang yang mahu menghantar adiknya ke sekolah tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Pinang, Kampung Sungai Tengi Kanan pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.22 pagi, mangsa, Mohamad Aiman Zulhelmy Mohamad Faizal, 17, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Mohamad Fauzan, 10, dilaporkan cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kes terbabit diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment