Zahid perlu hadir di pejabat SPRM beri keterangan esok

Tuesday, October 9, 2018

Zahid perlu hadir di pejabat SPRM beri keterangan esok

Zahid perlu hadir di pejabat SPRM beri keterangan esok

KUALA LUMPUR รข€" Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikehendaki  hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 10 pagi esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama  mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata SPRM telah menyerahkan kepada Ahmad Zahid notis hadir beri keterangan bagi  membantu siasatan.

Semalam, Ahmad Zahid menerusi laman Twitter rasminya berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Pada Julai lepas, Ahmad Zahid memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment