Henti tular tanah runtuh di Bentong

Tuesday, October 9, 2018

Henti tular tanah runtuh di Bentong

Henti tular tanah runtuh di Bentong

KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, Anih Berhad meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan tular pesanan suara berkaitan tanah runtuh di Kilometer 52.4 yang disebarkan di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang dikatakan berlaku di Bentong menghala Timur itu adalah tidak benar.

"Syarikat memohon tular berkenaan dihentikan kerana ia adalah berita palsu.

"Sebarang maklumat atau kemusykilan, pengguna LPT boleh mengikuti laman rasmi Facebook LPT dan Twitter @LPTTrafik," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment